Setelah hampir satu minggu peraduan ini berlangsung, terdapat debat yang hebat tentang perkara ini mengenai status ‘kehalalan’ atau ‘keharamannya’. Terdapat banyak pendapat dalam perkara ini terutamanya daripada pihak penganjurnya dan juga beberapa tokoh-tokoh agama.
Sebagai manusia biasa, saya pada mulanya juga teruja dengan tawaran yang diperkenalkan oleh pihak CELCOM. Ya lah … siapa tak mahu kereta kan, Toyota Camry pulak tu….
Walaupun saya ni bukan seorang ustaz, bagi saya ini satu perkara yang jelas, Setiap peraduan yang menyebabkan banyak pihak yang rugi bagi menguntungan sebilangan pihak yang lain, ia mengandungi unsur perjudian. Selain daripada itu, semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari mungkin berjuta peserta. Syarikat pasti atau mungkin meraih untung yang lebih berbanding peserta.
Betullah, seperti kata pepatah melayu, “ Yang Bulat Tidak akan Datang Bergolek dan yang Pipih Tidak Akan Datang Melayang”. Jadi stop-lah berangan untuk dapat Toyota Camry tu secara mudah… Kerja mesti kuat dan mesti focus… jalan mesti ke depan dan bukan ke belakang (pinjam tag Iklan Hari Raya PETRONAS)…
Sila baca di sini ulasan daripada Ustaz Zahiruddin…
Filed under: MyMalaysia | Tagged: 100 hari 100 kereta, Celcom, haram, Peraduan Celcom, status halal atau haram, Toyota Camry